Saturday, 28 October 2017

'Masyaallah Cantiknya' - Dapat Gambar Kemban Isteri Orang, Suami Kantoi Siap Guna Nama Tuhan


Kisah suami berlaku curang atau makan luar bukanlah perkara biasa. Banyak kisah tersebut berlaku dan dengan adanya media sosial ramai isteri yang berkongsi masalah mereka terutama di laman Facebook Kisah Rumah Tangga.

Katanya seorang pengadu berkongsi kisah suaminya mempunyai skandal dengan isteri orang.

Paling menyedihkan apabila ia berlaku ketika si isteri sedang dalam keadaan pantang anak pertama, selepas 7 tahun berkahwin. 


Wanita yang menjadi mangsa ini mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya kerana kecewa diperlakukan sedemikian selepas banyak berhabis duit untuk melahirkan zuriat untuk suaminya. 


Wanita tersebut berkongsi gambar skandal suami dalam keadaan berkemban. (Namun wajahnya telah ditutup oleh pihak admin laman facebook tersebut).


Malah suaminya turut mengucapkan 'Masyaalah Cantiknya' daripada suami wanita ini terhadap skandalnya itu yang nyata memuji tidak kena pada tempatnya. 

Ini sekaligus membuatkan netizen terlupa seketika tentang kesedihan yang dialami wanita ini sebagai mangsa. 


Di ruangan komen, netizen menghentam ucapan puji-pujian si suami yang menyebut nama tuhan. Sedangkan apa yang dilakukannya iaitu berlaku curang dengan isteri adalah perkara yang dilarang. 

Moga pasangan ini menemui solusi terbaik untuk permasalahan mereka dan harapnya ia turut menjadi pengajaran kepada semua pasangan di luar sana.

Sumber: KRT via kakishare.tv


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2yTb3SO
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gQiply
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment