Sunday, 29 October 2017

Rupa-Rupanya Pelawak Hamid Ghurka Bukan Orang Sembarangan. Patutnya Dapat ‘Datuk’!


Baru-baru ini ramai yang mempersoal pengurniaan Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri diberikan kepada beberapa orang penggiat seni tanah air.

Antara selebriti yang menerimanya adalah pelakon Eizlan Yusof yang menerima gelaran ‘Datuk Seri’. Manakala pelakon kelahiran Singapura, Adi Putra pula telah menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran ‘Datuk’.

Ramai yang mempertikai apakah sumbangan besar kedua-dua pelakon ini dalam industri seni tanah air sehinggakan dianugerah darjah kebesaran berkenaan?

Jika dilihat dalam konteks mengharumkan industri seni, jujurnya skor yang boleh diberikan adalah ‘sedikit’ berbanding pelakon-pelakon veteran yang telah lama berkecimpung dalam industri seni hiburan ini.

Abdul Hamid Abdul Rahman, pasti ramai yang tidak mengenali siapakah empunya pemilik nama ini.

Namun, jika disebut Hamid Gurkha atau ‘Pak Hamid’, pasti ramai dapat menangkap figura bertubuh kecil dengan loghat Negeri Sembilan yang pekat ini.


Pelakon vetaran yang kini mencecah usia 85 tahun ini sememangnya sangat dikenali ramai ekoran lakonannya yang penuh jenaka dan sangat menghiburkan.


Malah tidak salah rasanya jika menggelar beliau antara ‘otai lawak’ paling berpengaruh di Malaysia.

Antara filem-filem yang menjadikan beliau sering mendapat perhatian penonton adalah Main-Main Hantu, Sikit Punya Gila, Konstabel Mamat, Gila-Gila, Alamak Toyol, Jiwa Kacau dan Zombie Kampung Pisang.

Namun, tahukah anda? ketika negara masih di bawah penjajah, beliau memilih untuk menyertai pasukan tentera (RAMD – Rejimen Askar Melayu DiRaja) selama tujuh tahun, bermula pada tahun 1950.

Menurut beliau, beliau masih terkenang lagi bagaimana peristiwa di Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 sewaktu balai polis di bukit itu telah diserang 180 pengganas komunis.


Beliau yang pada ketika bersama pasukannya ingin menghulurkan bantuan, namun tidak kesampaian ekoran laluan perhubungan antara mereka telah dipotong oleh komunis.

Sehinggalah ke hari ini setelah lebih 25 tahun bergiat dalam dunia seni, beliau masih tidak boleh melupakan persitiwa itu yang mana hanya mereka yang berada di waktu itu sahaja memahami kesusahan dijajah orang luar.


Banyak jasa dalam keselamatan dan dunia hiburan. Tak dapat Datuk pun.. Tapi beliau merupakan penerima Pingat Jasa Malaysia!

Sumber: http://ift.tt/1VWaGfX


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2zZLjnJ
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2xyNb5x
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment