Sunday, 29 October 2017

Rakaman CCTV Dedah Lelaki Yang Berstatus "Datuk Seri" Tendang Kepala Anggota Rela


BERDASARKAN rakaman kamera litar tertutup, CCTV — Lelaki yang mengaku sebagai seorang "Datuk Seri" dilihat menendang ke arah kepala salah seorang anggota RELA yang bertugas.

Kalau dilihat, cara dan paras ketinggian kakinya "Datuk Seri" di dalam video CCTV itu menendang ke arah kepala anggota RELA terbabit.

Semalam, media tempatan melaporkan sidang media 3 orang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang mendakwa dipukul oleh seorang lelaki mengaku sebagai seorang "Datuk Seri" kerana tidak menunjukkan hormat kepadanya.

Anggota RELA berkenaan beberapa kali menyuruh bodyguard (pengawal peribadi) "Datuk Seri" tersebut untuk mengalihkan kereta namun dia enggan berbuat demikian.

"Kami beritahu pengawal peribadinya, untuk alihkan kereta. Selepas beberapa kali menyuruhnya, dia masih tidak mengalihkan keretanya," kata Melvin Cheong, salah seorang anggota RELA yang kena pukul.


"Dia (pengawal peribadi) kata nak tunggu boss. Mungkin kerana kami tinggikan suara, "Datuk Seri" itu rasa tak senang. Dia marah kami kerana naikkan suara bercakap dengan orang lebih tua. Dia kemudian menampar saya,"

"Seorang rakan RELA saya datang dan Datuk Seri itu menyuruh dia mengajar saya. Katanya kalau dia tak nak buat begitu, dia sendiri akan buat lalu terus memukulnya,"

"Apabila seorang lagi anggota RELA datang, 'Datuk Seri' itu memberitahunya jangan hanya tercegat, dan kemudian menendang rusuknya," katanya.

Identiti "Datuk Seri" itu sudah dikenal pasti

Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, ASP Fadzil Ahmad dilaporkan memberitahu bahawa Datuk Seri itu berumur 29 tahun.

Beliau meminta lelaki berkenaan untuk menyerah diri. Tambahnya lagi kes berkenaan kini sedang disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan — Menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya.

Kes juga turut disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan — Sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan kaedah atau senjata berbahaya.


Sumber: Milo Suam


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2z0kvpv
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2zfXArh
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment