Pakar memberi amaran bahawa tisu tandas hanya menanggalkan sedikit sahaja kotoran najis dan Amerika Syarikat adalah salah satu negara yang belum menaik taraf kaedah sanitasi terhadap tandas-tandas di negara itu.
Ketika negara-negara maju lain seperti Jepun, Itali dan Greece sudahpun menggunakan bidet sebagai kaedah sanitasi terbaharu, nampaknya Amerika Syarikat masih lagi bergantung kepada tisu tandas semata-mata.
Doktor bagaimanapun memberitahu bahawa menyental secara berlebihan ketika membersihkan dubur boleh mengakibat dubur luka dan berlaku jangkitan kuman pada saluran kencing.
Bidet adalah salah satu alat sanitasi yang telah diimplimentasikan oleh negara-negara yang disebut tadi sebagai alat untuk membersihkan kemaluan selepas menggunakan tandas.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Tonic, 90 peratus daripada rumah kediaman di negara-negara tersebut mempunyai bidet yang dipasang di dalam tandas rumah mereka. Namun, penggunaan bidet di Amerika Syarikat amat sukar didapati.
Malah, pembekal bidet memberitahu bahawa mereka mengalami kesukaran untuk memasarkan produk mereka ke Amerika Syarikat kerana ramai penduduknya menganggap bahawa penggunaan tisu tandas sudah memadai.
Rose George, seorang penulis berkongsi pendapatnya mengapa tisu tandas tidak menanggalkan kotoran seperti sepatutnya.
''Saya bingung bila memikirkan bahawa berjuta-juta orang bergerak ke sana-sini dengan kemaluan yang tidak bersih sedangkan mereka berfikir sebaliknya. Tisu tandas menanggalkan kotoran, tetapi sebenarnya tidak''.
Selebriti terkemuka Amerika Syarikat Will.i.am pula menyarankan orang ramai menggunakan tisu bayi. Manakala pelakon Terrence Howard mengakui bahawa dia kurang mempercayai wanita yang membersihkan kemaluan hanya dengan menggunakan tisu tandas semata-mata.
Seorang lagi pelakon Will Smith turut berkongsi pendapat yang sama dengan mengatakan bahawa menggunakan tisu bayi adalah lebih baik dari tisu tandas.
''Sesiapa yang hanya menggunakan tisu tandas sebenarnya tidak membersihkan diri sendiri dengan baik.''
Faktor kebersihan bukan hanya satu-satunya alasan kenapa rakyat Amerika perlu mempertimbangkan penggunaan bidet atau tisu bayi.
Membersih secara agresif menggunakan tisu tandas boleh mencederakan kawasan kemaluan yang sensitif seperti luka yang boleh menyebabkan pendarahan pada kawasan tersebut dan satu lagi masalah yang selalu timbul adalah buasir.
Buasir adalah masalah bengkak pada urat dan sel tisu yang berlaku pada rektum bawah. Masalah buasir lebih sukar dirawat berbanding luka jangkitan kuman yang boleh dirawat sendiri di rumah.
Buasir bahagian luar adalah masalah iritsai yang berlaku akibat membersih secara agresif, bagaimanapun ia boleh dirawat dengan krim penyembuh.
Bidet juga mampu mencegah masalah jankitan pada saluran kencing. Jika seseorang membersih dengan cara menyapu dari bahagian dubur ke bahagian kemaluan hadapan, mereka sebenarnya memindahkan bakteria daripada dubur ke bahagian alat sulit. Wanita boleh mengalami risiko yang lebih teruk misalnya bakteria boleh menjakiti bahagian uretra.
Dengan menggunakan bidet, ia mampu membunuh bakteria dan mencegah daripada berlakunya jangkita saluran kencing.
Sumber: Siakapkeli
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2yToqSN
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2icollb
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment