Monday, 30 October 2017

Ibu 'Binatang', Lacurkan Dua Anak Kepada Warga Bangladesh


Seorang ibu tunggal ditahan polis kerana disyaki melacurkan dua anak kandungnya kepada warga Bangladesh di Senai Johor, pada 25 Oktober yang lalu.

Kedua-dua kanak-kanak yang dilacurkan berusia lapan dan 10 tahun.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, ibu tunggal itu dipercayai melacurkan anaknya kepada tiga warga Bangladesh yang juga kenalannya.

Jelasnya, hasil maklumat daripada orang ramai dapat mengesan perbuatan keji wanita tersebut.

“Ibu mangsa dikatakan membawa mangsa ke hotel bajet di Larkin, Johor Bahru, sebelum meninggalkannya bersama lelaki warga asing berusia 30-an.


"Ketika itu, dia dipercayai tinggal di bilik berasingan dan dikatakan menerima sejumlah bayaran hasil melacurkan kedua-dua anaknya itu," katanya.

Hasil siasatan masih lagi dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wanita terbabit seorang penagih dadah atau tidak.

"Kedua-dua mangsa sudah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi pemeriksaan dan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tindakan lanjut," katanya.

Tambahnya, pihaknya masih berusaha mengesan kumpulan warga asing berkenaan bagi membantu siasatan.

Wanita terbabit ditahan reman sementara kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 372 Kanun Keseksaan.

Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2A0jRXc
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2zj9X5J
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment