Pasti ramai orang di luar sana yang pernah menonton filem ‘The Man In The Iron Mask’ dan ‘The Mask of Zorro’ atau rancangan realiti Korea ‘King of Masked Singer’.Kesemua filem dan rancangan ini memaparkan mereka yang memakai topeng tetapi akan mendedahkan diri apabila tiba masa yang sesuai selepas menjalankan tugas.
Namun, di satu tempat di China, seorang wanita telah memakai topeng selama 20 tahun dan kisahnya tidak seperti di dalam rancangan televisyen atau filem.
Selama 20 tahun, wanita ini memakai topeng tanpa pernah sekali membukanya dan menunjukkan wajahnya kepada orang lain walaupun kepada suaminya.
Apakah alasan wanita ini memakai topeng pada waktu siang dan malam dengan sebegitu rupa?
Setiap hari, wanita ini akan memakai topeng berwarna hijau lembut yang hanya menampakkan mata, hidung dan mulutnya sahaja. Wanita bertopeng ini akan berkeadaan begitu sepanjang hari tidak kira berada di mana sahaja sama ada di rumah mahupun sewaktu sedang bekerja di ladang.
Suami kepada wanita bertopeng ini berkata, “Selama 20 tahun sejak saya berkahwin dan hidup bersama dengannya, isteri saya sentiasa mengenakan topengnya ke mana sahaja dia pergi. Penduduk kampung yang melihat sentiasa tertanya-tanya mengapa isteri saya bertopeng. Adakah wajahnya hodoh? Atau dia ini tidak sihat mentalnya semasa saya bertemu dengannya.”
Ada satu ketika, suami wanita bertopeng ini pernah berniat untuk membuka topeng isterinya, tetapi isterinya telah mengancam membunuh diri jika dipaksa berbuat begitu.
Suami wanita ini menjadi terkejut dan tidak menyangka pemakaian topeng itu merupakan satu perkara yang sangat penting bagi isterinya. Maka niat itu terus dilupakan kerana takut jika ia akan mengancam nyawa isterinya.
Setelah suaminya menemui keluarga wanita bertopeng ini, cerita yang sebenar telah didedahkan mengapa wanita ini sentiasa memakai topeng dan tidak pernah membukanya.
Wanita ini berkata, dia memakai topeng kerana kepalanya berasa pening dan akan pengsan sekiranya mendedahkan kepala dan wajahnya kepada persekitaran luar.
Kepalanya akan menjadi berat apabila terkena tiupan angin. Dia juga akan mendengar suara-suara yang membuat dirinya berasa tidak selesa. Apabila menutup mukanya dengan topeng, semua masalah itu akan hilang.
Rupanya wanita ini mempunyai penyakit dikenali skizofrenia iaitu satu jenis penyakit mental berkaitan masalah delusi, halusinasi, fikiran yang kacau dan perubahan perilaku.
Penyakit ini mungkin akan membebankan suaminya, jadi dia mengatasinya sendiri. Oleh kerana wanita ini tahu suaminya tidak mempunyai pendapatan tetap, dia mendiamkan sahaja masalah ini kerana tidak mahu menambah beban suaminya.
Setelah mendengar penjelasan isterinya, suaminya berasa sebak dan menitiskan air mata. Suami ini tidak menyangka selama 20 tahun isterinya memakai topeng kerana tidak mahu menambah beban dan menyusahkan dirinya untuk menyembuhkan penyakit itu.
Namun setelah mendengar penjelasan tersebut, suami ini berkata dia tidak kisah untuk membelanjakan wangnya dan akan berusaha menyembuhkan penyakit isterinya itu dan akan memastikan isterinya menjadi manusia yang normal kembali.
Semoga pada satu hari nanti, wanita bertopeng ini akan dapat membuka topengnya serta dapat hidup normal dan bahagia bersama suaminya.
Dalam hidup berumahtangga, setiap masalah itu harus dikongsi bersama. Berbincanglah dengan pasangan masing-masing untuk mengatasi masalah. Jika pasangan anda memahami situasi anda, pasti dia akan berusaha mencari jalan untuk menyelesikan masalah anda dengan kemampuannya.
Jika pasangan anda menyayangi anda, tiada satu pun perkara dalam diri anda akan dianggap beban dan masalah di dalam dirinya.
Kredit foto oleh twgreatdaily
Sumber: Era Baru
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2yKGY7M
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2xkq12C
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment