Sekarang ni ramai wanita sanggup melakukan perkara pelik dan gila semata-mata untuk kekal cantik dan muda.
Terbaru, seorang aktres dari Jerman, Manoush, 45 tahun, sanggup membahayakan nyawanya sendiri dengan menyuntik bakteria berusia 3.5 juta tahun yang ditemui di Siberia, semata-mata mahu kelihatan muda.
Manoush, telah menyuntik ekstrak Bacillus F ke dalam darahnya sejak tiga bulan lalu dan mendakwa bakteria itu menjadikan wajahnya kelihatan muda.
Bakteria berkenaan ditemui oleh saintis di barat laut Rusia pada 2009. Bacilus F tidak menunjukkan tanda-tanda penuaan dan dikatakan jawapan untuk meningkatkan kesihatan dan umur manusia.
Suntikan bakteria itu merupakan kaedah terbaru yang digunakan oleh Manoush untuk kelihatan muda selepas menjalani pelbagai pembedahan plastik sejak 20 tahun lalu.
“Kulit saya lembut seperti bayi. Anda tidak boleh melihatnya dalam gambar tetapi jika anda melihat saya anda boleh mengesannya, tiada langsung tanda atau kecacatan.
“Saya tidak pernah berasa begini. Saya rasa kulit saya cantik,” katanya.
“Ia tidak akan menjadikan saya muda seperti usia 20 tahun semula tetapi saya rasa ia membantu saya hidup hingga 80 ke 90 tahun,” katanya.
SumberL Hanasuva
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2yQRgTF
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2g3kk2c
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment