Nur Liya Asmira, isteri kepada Laskar Kelas 1, Muhammad LailatuIman Mohd Shukri, yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Unit Sungai Wangi, Sitiawan, banyak mendiamkan diri sebaik menerima berita kematian suaminya petang semalam.
Abang ipar Muhammad LailatuIman yang enggan dikenali berkata, Nur Liya Asmira hanya berdiam diri dan kerap menangis selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 6 petang semalam.
“Nur Liya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur banyak mendiamkan diri sejurus menerima berita itu.
“Dia lebih banyak menyendiri dan tidak selera makan serta kerap menangis sejak semalam,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.
Beliau berkata, Nur Liya tinggal bersama anak perempuan mereka berusia enam bulan di Taman Dato’ Harun, Petaling Jaya.
Katanya, Allahyarham sering pulang pada hujung minggu untuk bertemu isteri dan anaknya.
“Saya hanya mahukan pembelaan terhadap kematian suami,” kata Nur Liya Asmira Yahya, 24, isteri Allahyarham Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26.
Suaminya meninggal dunia selepas menjalani latihan fizikal di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Ipoh, kelmarin.
Nur Liya Asmira yang enggan mengulas lanjut kerana masih bersedih dengan kejadian itu mengakui terkilan sebaik mendapat tahu punca sebenar kematian suami tersayang.
Nur Liya Asmira yang ditemui di kediamannya di Kampung Bagus menangis setiap kali orang ramai yang hadir bertanyakan kejadian menimpa suaminya dan hanya memeluk anak bongsunya, Aisyah Humaira yang berusia empat bulan.
Dia turut meminta pihak media memberi ruang kepadanya kerana masih terkejut dengan kejadian menimpa mereka sekeluarga.
Terdahulu, jenazah Allahyarham Muhammad Lailatulman dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Rantau Panjang, di sini, pada jam 9.30 pagi tadi.
Sementara itu, Pegawai Memerintah KD Lekir, Kapten Mahadzir Mokhtar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hadir sama berjumpa keluarga Allahyarham dan memberi sumbangan wang tunai kepada bapa dan isteri Allahyarham.
Semalam, TLDM menubuhkan satu Lembaga Siasatan bagi meneliti prosedur operasi standard (SOP) susulan dua anggotanya termasuk Laskar Muda Kelas 1, Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, meninggal dunia ketika menjalani latihan fizikal, Jumaat lalu.
Berikut merupakan perbualan terakhir antara Liya dengan arwah suaminya sebelum meninggal dunia.
Sumber: Amazing Nara
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2g2M5Z2
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2xN8l0u
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment