Semalam, negara China telah melaporkan kes COVID-19 yang pertama di Wuhan sejak kali terakhir kes baru yang dilaporkan adalah pada 3 April 2020.
Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China juga mengesahkan 14 kes coronavirus baru semalam, menjadikannya jumlah kes harian tertinggi di negara itu sejak 28 April dan lonjakan ketara dari satu kes baru yang dilaporkan pada hari Sabtu.
Kata suruhanjaya itu lagi, dua daripadanya (kes) itu diimport ke negara China dari luar negara.
Sehingga kini, jumlah yang dijangkiti di China adalah sebanyak 82,901 kes, manakala jumlah kematian pula adalah 4,633 kes yang dilaporkan.
Namun, tiada kematian baru yang dilaporkan dalam tempoh sebulan.
Wabak COVID-19 ini pertama kali muncul di Wuhan, China pada bulan Disember tahun lepas. Sejak daripada itu, ianya telah menjangkiti hampir 4 juta orang di seluruh dunia dan meragut lebih dari 270,000 nyawa. Malahan, wabak ini juga telah melumpuhkan ekonomi di seluruh dunia.
Sumber: CTV News, Forbes via Siakapkeli
from Sehinggit Media https://ift.tt/2YSxqH6
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3bnL2fO
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment