Thursday, 7 May 2020

Waktu EMOSI, Jangan Up Apa-apa Di Media Sosial, Luahkan Saja Di Tikar Sejadah


Bila semuanya sudah di hujung jari, kala meledak emosi marah, mudah saja ‘button send’ ditekan. Tidak pula difikirkan apakah nanti natijah dari emosi marah yang diluah.

Jadikan kekhilafan individu itu cerita pengajaran. Kerana walau apa pun tujuannya, jika ianya menimbulkan provokasi, dan akhirnya membabitkan tindakan perundangan, anda juga yang rugi.

Sebab kesan bila hukuman dilaksanakan, anak-anak malah ahli keluarga juga yang merana.

Jadi, sebelum mencatat sesuatu ingatlah 11 pesanan yang disampaikan Puan Marlia Ramli yang berpengalaman luas dalam bidang Pengurusan Sumber Dan Manusia.

Letak Akal Pada Jemari, Bukan Emosi

1 – Awasi setiap apa yang kita tulis di media sosial. Setiap barisan ayat, kita bertanggungjawab di dunia hingga akhirat. Bukan setakat kita, keluarga kita mungkin terasa tempiasnya.

2 – Lebih baik berhati-hati daripada menulis mengikut hati. Jangan bangga banyak like, time susah mungkin terpaksa berjuang keseorangan. Mana kawan mana follower? Dalam kubur malaikat tak peduli kita ini femes setakat mana?

3 – Jika tengah emosi, jemari jangan bergerak tulis takut penulisan mengenepikan akal. Elakkan menulis dengan emosi. Rasa marah? Rasa nak malukan sesiapa? Jangan tulis! Luahkan di tikar sejadah. Allah sebaik penimbangcara.

4 – Nampak remeh dan kecil? Namun impaknya besar. Perlu ingat, sebarang bentuk rakaman atau penulisan adalah bukti. Jangan mudah terpengaruh dengan provokasi. Jemari menulis, seluruh tubuh menghadapi risiko perundangan. Seperti mana kita boleh memalukan sesiapa, rakan berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap kita. Kita fikir kita siapa?


Jangan Bermusuh Dengan Sesiapa

5 – Kita rakyat marhaen saja. Kita ada keluarga perlu dijaga. Ada mulut perlu disuap nasi. Ada anak kecil menanti di rumah. Jangan bermusuh dengan sesiapa. Anak cucu kita mungkin memerlukan peluang dengan musuh kita. Dunia bulat. Kita tidak tahu tentang masa depan, kawan.. Elak rasa hanya diri asyik betul saja.

6 – Jangan kerana mulut badan binasa, kerana jemari kita yang rugi. Kita mahu penulisan menjadikan manfaat, bukan membawa mudarat atau sebarang niat yang jahat.

7 – Cakap yang baik-baik. Tulis yang baik-baik. Nak berkasar gurau dengan ahli keluarga saja. Nak bersikap cakap lepas dengan rakan terdekat sahaja. Tak payah poyo acah-acah diva. Jangan main taram sebab tak semua boleh terima cara kita. #apeni

8 – Di media sosial, pembaca bukan ahli keluarga atau rakan sedarah daging kita. Tersalah perhitungan, hidup penasaran. Sebelum ketik post, letak akal pada jemari.

9 – Sebelum post secara terbuka, set only me dan baca dulu. Buat draf di komputer peribadi pun okay juga dan fikir minimum dua kali sebelum siarkan. Sekali lagi, LETAK AKAL PADA JEMARI.

10 – Biar lambat asalkan berhati-hati. Biar berhati-hati agar tidak memakan diri. Negara ada undang-undang. Jangan sesuka hati melakukan “reputation shaming” di khalayak awam. Lainlah kita banyak wang nak bayar gantirugi atau banyak masa nak lepak di penjara.

11 – Soalan kepada HR, boleh ke majikan mengambil tindakan jika kenyataan kita atas kapasiti peribadi di media sosial? Jawapannya jika reputasi organisasi terjejas sama, ya boleh! Sebab itulah tak perlu update bagitau dunia apa nama syarikat kita di mana-mana media sosial. Tapi kan… siapa nak dengar cakap HR Manager cabuk cam akak ni? Kan?

Jaga diri gais!

Sumber/Foto : Marlia Ramli via Mingguan Wanita


from Sehinggit Media https://ift.tt/2SK20i0
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3fvXbCH
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment