Friday 8 May 2020

Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Perdana Menteri Sah Diterima


KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Mohd Yusof, hari ini memaklumkan menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Usul berkenaan dikemukakan oleh bekas perdana menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 4 Mei lalu di bawah Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3).

Mohamad Ariff menyatakan demikian menerusi bagi membalas notis terdahulu yang dikemukakan oleh Dr Mahathir, mengikut Perkara 27 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.


"Satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) yang membangkitkan iaitu: Mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ahli Yang Berhormat Pagoh tidak mempunyai majoriti ahli-ahli yang berhormat Dewan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam Facebook Parlimen Malaysia.

Beliau berkata usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) itu diterima untuk dibawa ke mesyuarat Dewan Rakyat kelak.

Dewan Rakyat dijangka bersidang sehari pada 18 Mei ini sebelum dijangka disambung semula pada Julai nanti.

Sumber: BH Onine


from Sehinggit Media https://ift.tt/2SQESi5
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2YL0Jes
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment