Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai satu kenyataan oleh adik kepada Pengarah Urusan gedung tekstil terbesar Jakel iaitu Muzaffar Jakel yang didakwa menyentuh sensitiviti kaum Melayu menerusi Instagram.
Kenyataannya itu mengundang kemarahan netizen dimana ada di kalangan mereka bertindak mahu memboikot jenama tersebut dan memilih butik pakaian jenama lain untuk persiapan sempena Syawal tidak lama lagi.
Isu tersebut turut mendapat perhatian pendakwah sensasi, Ustaz Abu Syafiq yang tampil menyatakan sokongan terhadap perniagaan gedung tekstil Jakel untuk berdepan kontroversi yang melanda jenama tersebut.
Menerusi satu video dikongsikan di Instagram, Ustaz Abu Syafiq mengatakan situasi yang terjadi kepada Jakel adalah sama seperti apa yang berlaku kepadanya sebelum ini, apabila ada beberapa pihak yang cuba melaga-lagakan, sehingga mengundang fitnah.
“Terbaru berkaitan dengan Jakel, apa yang berlaku kepada Jakel kali ini hampir sama apa yang berlaku ke atas saya, iaitu melaga-lagakan antara umat Islam…”
Menurutnya lagi, segala yang berlaku ini adalah fitnah di bulan Ramadan. Dalam pada itu, pendakwah itu menyatakan bahawa dia tetap akan menyokong dan membeli di Jakel.
“Jadi saya ingin isytiharkan bahawa saya orang pertama yang menyokong Jakel. Insya-Allah kita akan membeli kain di Jakel, kita jahit untuk pelajar-pelajar tahfiz, anak yatim dan miskin serta orang susah yang memelukan,” katanya.
Terdahulu, Muzaffar Jakel telah pun membuat satu permohonan maaf berikutan kenyataannya yang menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat Melayu. Menurutnya kenyataan itu adalah kenyataan peribadi dan bukanlah mewakili dari kenyataan syarikat Jakel.
Sumber: Rotikaya
from Sehinggit Media https://ift.tt/2YE93MU
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2zcuryf
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment