Thursday 7 May 2020

Tuan Guru Ismail Kamus Dijemput Ilahi Menjelang 15 Ramadan


PENDAKWAH terkenal, Datuk Ismail Kamus dijemput Ilahi ketika umat Islam menjalani ibadah puasa pada hari ke-15 Ramadan.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 72 tahun.

Perkara itu disahkan menerusi halaman Facebook rasmi beliau Ustaz Dato Ismail Kamus.


"Dukacita dimaklumkan tuan guru Ustaz Datuk Ismail Kamus telah meninggal dunia sebentar tadi. Al-Fatihah," menurut posting tersebut.

Menurut Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Allahyarham meninggal dunia pada pukul 12.30 pagi Jumaat di kediaman beliau di Ampang.

"Tokoh pendakwah tanah air dan Pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, tuan guru Datuk Ismail Kamus telah kembali ke rahmatullah jam 12.30 pagi, 8 Mei 2020 di kediaman beliau di Ampang.


"Semoga Allah SWT menempatkan beliau ditempat yang mulia di sisi Allah SWT," menurut posting di halaman Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia.

Terdahulu, veteran PAS itu dimasukkan ke wad di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 26 April disebabkan keadaaan kesihatan yang agak lemah.

Exco Penerangan Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi Jusoh dilaporkan berkata, ketika itu pemeriksaan mendapati keadaan tidak berkait dengan masalah jantung dan kemudiannya Ismail terus dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari yang sama.

Jelas Abdul Hadi, pemeriksaan di HKL mendapati terdapat jangkitan pada paru-paru, sementara ujian Covid -19 dilakukan sebanyak dua kali dan keputusannya adalah negatif.

Ismail yang merupakan pengasas dan penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia pernah menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei tahun lalu.

Allahyarham merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Sumber: Mstar Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/3cfDJYP
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3b8ycSx
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment