Sunday, 10 May 2020

Suami Isteri Yang ‘Berpisah’ Atas Urusan Kerja Boleh Rentas Negeri Untuk Bertemu – PM


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin mengumumkan kelonggaran merentas sempadan negeri bagi pasangan suami atau isteri yang tinggal berjauhan atas urusan kerja.

Menurut beliau, kelonggaran diberikan pasangan suami atau isteri untuk bertemu dengan keluarga setelah masing-masing ‘berpisah’ sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

“Misalnya suami bekerja di Perlis, isteri di Johor. Oleh kerana larangan perjalanan merentas sempadan negeri, ada suami yang dah tak jumpa anak dan isteri selama lebih dua bulan.


“Jadi kita diberikan kelonggaran pada pasangan suami atau isteri ke untuk melakukan perjalanan merentas negeri bagi tujuan berjumpa dengan keluarga.

“Bagi Sabah dan Sarawak, saya mohon kerajaan negeri beri kelonggaran sama,” katanya.

Tambah beliau, permohonan rentas negeri boleh dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia atau hadir sendiri ke balai polis yang berdekatan.


Sumber: Bernama via https://ohmymedia.cc


from Sehinggit Media https://ift.tt/3dulVtl
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2WGgsc1
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment