Saturday 9 May 2020

Selepas 5 Bulan Bekerja Tanpa Henti, Dr Noor Hisham Diberikan Cuti Hari Ini


SETIAP hari pada petang, kelibat lelaki berjaket hitam yang tertera perkataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadi individu dinanti-nantikan rakyat Malaysia bagi mengetahui perkembangan terkini pandemik Covid-19 negara ini.

Pastinya beliau adalah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang dianggap antara orang terpenting di Malaysia dalam menangani pandemik itu.

Setiap kali diumumkan jangkitan kes baharu menurun memberi satu kelegaan buat semua dan sebaliknya jika kes meningkat mendatangkan kegusaran.


Selepas lima bulan bekerja tanpa henti dan 'bersilat' ketika menjawab soalan wartawan setiap hari, akhirnya hari ini beliau diberi cuti oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) daripada membuat sidang media.

Pihak media dimaklumkan hari ini bahawa sidang media KKM bagi perkembangan terkini Covid-19 dibatalkan.

Bagaimanapun, KKM akan mengeluarkan kenyataan media mengenai perkembangan terbaru itu pada 4.30 petang hari ini.

Media dimaklumkan bahawa Dr Noor Hisham diberi cuti oleh PMO daripada melakukan sidang media hari ini, bagaimanapun tugas lain masih berjalan seperti biasa.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media https://ift.tt/3bjivIv
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/35IDJOR
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment