Wednesday 6 May 2020

"Selagi Kita Tak Jumpa Vaksin, Selagi Itu Kita Akan Hidup Bersama Covid-19" – KKM


4 Mei lepas bermulanya kebebasan sosial dan ekonomi bersyarat yang diputuskan kerajaan setelah 47 hari rakyat Malaysia mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak pandemik Covid-19.

Rata-rata rakyat meluahkan kebimbangan mereka di media sosial mengenai padah yang bakal diterima apabila lockdown dilonggarkan lebih awal tatkala jangkitan masih berlaku.

Sebenarnya, rakyat Malaysia perlu menerima hakikat bahawa hidup perlu diteruskan dan kita tidak boleh mengharapkan Covid-19 akan lenyap terus daripada kehidupan.

Adakah kita sanggup PKP dikuatkuasakan sehingga dua tahun bagi menamatkan terus jangkitan? Apa akan jadi dengan mereka yang bekerja secara harian dan hilang pekerjaan dalam tempoh ini?

Covid-19 perlu dilihat sebagai penyakit-penyakit lain yang berada di sekeliling kita seperti denggi, kencing manis dan penyakit berbahaya lain.

Walaupun kaedah jangkitan lebih berbahaya dan 'halimunan', ia akan dapat diatasi sekiranya kita mengamalkan langkah pencegahan, kawalan kendiri untuk keselamatan diri dan masyarakat sekitar.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menjangkakan seluruh dunia terpaksa memerangi COVID-19 sehingga tahun depan, bermakna masih ada kira-kira lapan bulan sehingga negara benar-benar bebas daripada cengkaman pandemik maut ini.


Terlalu awal klasifikasi sebagai rendah

Dalam pada itu juga, Dr Noor Hisham mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak terlalu gembira dan meraikan penurunan ini kerana masih terlalu awal untuk mengistiharkan Covid-19 tidak lagi bahaya di Malaysia.


Kita akan kekal hidup dengan Covid-19

Disamping itu juga, beliau maklumkan bahawa kita boleh menang jika semua orang mempunyai kepatuhan yang tinggi seperti di Vietnam, Taiwan dan Korea Selatan yang sudah hampir bebas dengan pendemik maut ini.

Tambah Dr Noor Hisham, selagi kita tidak menjumpai vaksin atau ubat berkenaan pendemik ini, selagi itulah kita akan hidup bersama Covid-19.


Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama mematuhi perintah dan juga saranan menjaga jarak serta kesihatan masing-masing agar jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia dapat diturunkan sehingga ke angka sifat.

Bantulah para pejuang barisan hadapan kita yang bertungkus-lumus mengawal pendemik ini sehingga terpaksa berkorban masa dan tenaga demi kesejahteraan negara.



from Sehinggit Media https://ift.tt/2YFeNGr
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2SGPsrV
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment