KUALA LUMPUR : Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyampaikan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi panggilan telefon pada Jumaat malam.
Menerusi panggilan telefon itu, Trump mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin yang kini menerajui kerajaan baharu Malaysia dan menyatakan komitmen untuk terus mengukuhkan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara.
“Pada perbualan yang berlangsung selama 30 minit itu, saya dan Presiden Trump berbincang mengenai pandemik COVID-19, serta pendekatan-pendekatan yang telah diambil kedua-dua negara.
"Kami turut menekankan peri pentingnya kerjasama komuniti antarabangsa bagi mengurangkan kesan pandemik tersebut ke atas kesejahteraan hidup masyarakat dunia dan ekonomi global,” kata Muhyiddin yang berkongsi momen tersebut di laman Facebook rasminya pada Jumaat.
Antara yang turut dibincangkan termasuk meningkatkan kerjasama dalam pembangunan vaksin dan ubat-ubatan serta akses sama rata kepada vaksin COVID-19 kelak.
Kedua-dua negara juga menzahirkan kesepakatan bagi memastikan kelancaran rantaian bekalan peralatan kritikal dan bekalan lain, terutamanya semasa krisis kesihatan global.
Sumber: Astro Awani
from Sehinggit Media https://ift.tt/3dtl1x5
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2YNpTJm
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment