Sunday, 10 May 2020

PKPB Disambung Empat Minggu Lagi Sehingga 9 Jun 2020


Dalam usaha menangani penularan wabak, kerajaan telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac dan dijangka berakhir pada 12 Mei. Selama 54 hari ini, rakyat Malaysia dilarang keluar rumah tanpa sebarang urusan penting.

Walau bagaimanapun, kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei untuk membolehkan sektor ekonomi dan sosial dibuka semua.

Terkini, menerusi perutusan khas hari ini kerajaan memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga bulan hadapan.


Hal itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.

“Atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), saya ingin mengumumkan PKPB yang berkuatkuasa hingga 12 Mei 2020 akan disambung lagi sehingga 9 Jun 2020 iaitu selama empat minggu lagi.

“Ini bermakna semua peraturan dan SOP sepanjang PKPB ini dikekalkan hingga 9 Jun 2020,” kata beliau.

Tonton rakaman perutusan khas Perdana Menteri dibawah:



from Sehinggit Media https://ift.tt/2SN5r7G
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2T7d8WH
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment