KUALA LUMPUR: Daerah zon merah kembali meningkat kepada 10 kawasan berbanding 8 kawasan semalam.
Ia berikutan dua daerah menyaksikan pertambahan kes aktif iaitu di Petaling sebanyak 43 kes dan Gombak (77 kes).
Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan, lapan daerah yang kekal menjadi zon merah ialah Kepong dengan 84 kes aktif, Hulu Langat (49), Lembah Pantai (263), Titiwangsa (82), Johor Bahru (46), Kluang (70), Kuching (137) dan Kota Samarahan (47).
Sementara, 58 daerah lain diletakkan di bawah kategori zon kuning dan 89 daerah zon hijau.
Negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan dan Perak pula kekal negeri zon hijau manakala Pulau Pinang hanya mencatat dua kes aktif.
Daerah zon merah kembali meningkat drpd 8 kepada 10 apabila kes aktif kembali bertambah di Petaling dan Gombak.— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 3, 2020
Perlis, Kedah, Kelantan dan Perak kekal negeri zon hijau manakala P.Pinang hanya 2 kes aktif. #PKPB bermula esok. Laksanakan tanggungjawab anda, patuhi #SOP. pic.twitter.com/DD7DuUibxW
Sumber: Astro Awani
from Sehinggit Media https://ift.tt/3c0IwNI
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2xtEmPs
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment