KUALA LUMPUR: Pemandu kenderaan yang tidak mempunyai kebenaran untuk pergerakan rentas negeri diarah berpatah balik di Sekatan Jalan Raya (SJR) yang diadakan.
Setakat ini, hanya mereka yang mempunyai kelulusan menerusi pendaftaran aplikasi mudah-alih 'QR Code' dan kebenaran dari balai polis dibenarkan melakukan perjalanan rentas negeri.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata setakat ini terdapat 98 SJR di sempadan negeri di seluruh negara untuk membuat pemeriksaan QR Code dan kelulusan balai polis untuk bergerak dari satu negeri ke negeri lain.
"Orang ramai yang melakukan perjalanan apabila diperiksa polis hendaklah mempamerkan QR Code dan pegawai atau anggota yang bertugas akan mengimbas QR Code berkenaan sama ada sahih atau tidak.
"Pihak polis akan membuat pemeriksaan pada bila-bila masa dan di mana juga lokasi apabila diminta, tetapi untuk proses pemeriksaan rentas negeri ini dibuat hanya di lokasi SJR yang didirikan," katanya ketika dihubungi BH Online, hari ini.
Huzir berkata, setakat ini pihaknya tidak melakukan sebarang tangkapan terhadap mereka yang tidak mempunyai kebenaran rentas negeri namun hanya diarahkan untuk berpatah-balik.
Untuk rekod, bagi perjalanan rentas negeri dari arah Kuala Lumpur semalam, menuju ke pelbagai destinasi di seluruh negara mencatatkan 26,181 permohonan.
Sementara itu, untuk hari ini sebanyak 70,538 permohonan bagi perjalanan dari Perak, Johor dan Kelantan menuju ke pelbagai destinasi seluruh negara.
Sumber: BH Online
from Sehinggit Media https://ift.tt/35Jrq4F
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2LeTwLU
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment