YANG di-Pertuan Agong bertitah Tan Sri Muhyiddin Yassin layak dilantik sebagai Perdana Menteri kerana mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, baginda yakin Muhyiddin akan membawa negara mendaki persada kejayaan.
Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat, hari ini.
Baginda bertitah, kemelut politik negara pada Februari lalu tidak boleh dibiarkan berlarutan dan berpanjangan tanpa ada penghujung.
Selain itu, baginda yakin kerajaan akan terus berusaha meminimumkan kesan buruk Covid-19 kepada rakyat dan negara, pastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat terjamin.
Al- Sultan turut mengingatkan Ahli Parlimen supaya jangan menyeret negara ke kancah politik sewaktu berdepan Covid-19.
Dalam pada itu, baginda turut bertitah, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan akan terus dipertahankan, namun penganut agama lain bebas amalkan agama mereka secara aman.
Sumber: Harian Metro
from Sehinggit Media https://ift.tt/2WE7aP5
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3bDLx5D
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment