Friday, 1 May 2020

Menteri Kewangan Saran Institusi Kewangan Lupus Kadar Faedah Terakru


KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, hari ini menyarankan supaya semua institusi kewangan yang terbabit dalam moratorium mempertimbang bagi melupuskan kadar faedah terakru (bagi pinjaman sewa beli) atau keuntungan (bagi pembiayaan Islam berkadar tetap) sepanjang tempoh enam bulan skim tersebut.

Kenyataan beliau itu dibuat berikutan timbulnya kekeliruan umum mengenai kadar faedah atau keuntungan yang dikenakan berkaitan skim moratorium atau penangguhan bayaran balik pinjaman sewa beli yang ditawarkan oleh institusi kewangan.

"Antara punca kekeliruan ini disebabkan pelbagai sumber yang membawa maklumat kurang tepat," katanya menerusi catatan terbaharunya di laman Facebook beliau, hari ini. – BERNAMA


from Sehinggit Media https://ift.tt/2xq4zOQ
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2z4ufAV
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment