Sunday 3 May 2020

KKM Kesan Kluster Baharu, Libatkan Tapak Pembinaan Di Kuala Lumpur


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan satu lagi kluster baharu iaitu kluster tapak pembinaan di Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 28 kes positif jangkitan Covid-19 telah dikenal pasti di kawasan tersebut.

”Setelah disiasat pada peringkat awal, terdapat satu kluster baharu iaitu kluster tapak pembinaan Kuala Lumpur yang mana jumlah kes ada 28 tetapi tiada pertambahan semalam,” kata beliau.


Pada masa yang sama, beliau tidak menolak kemungkinan kluster tapak pembinaan mungkin mempunyai kaitan dengan kluster-kluster lain.

Tetapi, siasatan masih dijalankan oleh pihak KKM, menurutnya.


Sumber: Sidang Media KKM via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/2ynEMqX
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3d4GiwW
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment