Saturday 2 May 2020

Kes Positif COVID-19 Di Selangor Meningkat Mendadak


SHAH ALAM: Selangor mengalami kenaikan mendadak dalam jumlah kes positif COVID-19 apabila merekodkan 63 kes baharu hari ini berbanding 24 kes semalam.

Menurut kenyataan yang dikongsi Pasukan Petugas Pencegahan COVID-19 Selangor (STFC) di laman web amirudinshari.com, kenaikan kes baharu itu dapat dijangka dan datang daripada kawasan yang terbabit dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

"Hari ini terdapat kenaikan rekod kes yang mendadak di mukim Batu yang menjadikannya berubah kepada zon merah.

"Kenaikan keseluruhan kes baharu di Selangor juga mempengaruhi petunjuk bagi daerah yang mana daerah Petaling dan Gombak kembali menjadi zon merah.


"Antara faktor dorongan kenaikan kes baharu datang daripada kawasan Perintah PKPD. Kenaikan kes di kawasan berkenaan dapat dijangka dan berada dalam kawalan baik," jelas kenyataan itu.

Pertambahan kes baharu itu menjadikan kes terkumpul di negeri itu adalah sebanyak 1,518 kes setakat hari ini.

Sementara itu, berdasarkan info grafik yang dikongsi, zon merah membabitkan daerah Petaling dengan 43 kes aktif; Gombak (77) dan Hulu Langat (49).

Daerah lain yang berada di zon kuning pula adalah Kuala Selangor (14); Hulu Selangor (1); Sabak Bernam (2); Sepang (3); Kuala Langat (6) dan Klang (18).

Sehingga kini, Selangor merekodkan 1,251 kes sembuh manakala 213 kes aktif serta 18 kematian.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2SsBx8I
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2xxu29i
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment