Thursday 7 May 2020

Kerajaan Digesa Benar Solat Jumaat Dan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri


Kerajaan digesa untuk membenarkan solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di beberapa masjid utama di seluruh negara. 

Melihat sektor ekonomi dan sosial dibuka semula selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Pengerusi Jawatankuasa Dewan Tertinggi Majlis Dakwah Negara (MDN), Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid melihat tiada masalah jika kebenaran sama diberikan untuk solat Jumaat dan solat Hari Raya Aidilfitri.

"Jika PKPB boleh dilaksanakan, ini bermakna perhimpunan bersyarat di masjid dan surau bagi tujuan solat Jumaat dan solat Hari Raya Aidilfitri juga boleh dilakukan, sebagai contoh, sesebuah syarikat atau kilang yang membenarkan operasi dengan 100 peratus orang pekerja," katanya


Berikutan itu, Mahmood Zuhdi juga menyarankan pihak berkuasa agama dan kesihatan menyenaraikan kriteria yang dibenarkan untuk pelaksanaan berkenaan.

“Antaranya adalah kebenaran diberikan kepada masjid-masjid utama sahaja, misalnya masjid negeri dan masjid daerah yang mampu memenuhi syarat dalam perintah PKPB.

“Solat tersebut hendaklah dihadiri tidak lebih daripada 50 jemaah yang terdiri dalam kalangan mereka yang benar-benar dikenali pihak pentadbiran masjid dan memenuhi syarat kesihatan yang membolehkan mereka berada dalam sesuatu perhimpunan terkawal,” katanya kepada Sinar Harian.

Perhimpunan tersebut bagaimanapun mestilah tertakluk kepada semua syarat kesihatan dan keselamatan sosial seperti mana yang dikenakan ke atas sektor lain. 

Sumber: CARI forum


from Sehinggit Media https://ift.tt/3c7mjO9
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2YIFD0u
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment