Sejak PKP dilaksanakan, Ustaz Ebit Lew tidak berhenti menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Bagaimanapun, ada pihak kurang senang dengan dengan kerja kebajikan yang dilakukannya dan iri hati.
Malah, ada yang mempersoalkan dimana pendakwah itu mendapat duit dan ada yang menuduhnya menggunakan duit derma untuk kepentingan diri, sehinggakan Ustaz Ebit terpaksa mendedahkan sumber pendapatannya agar tiada lagi salah faham.
Rata-rata netizen mengagumi Ustaz Ebit yang sebelum ini bersusah tetapi akhirnya mampu membina kejayaannya sendiri. Lebih bermakna, apabila kemewahannya itu digunakan untuk membantu ramai orang.
Pendedahan Ustaz Ebit itu mendapt perhatian pesonaliti televisyen, Ahmad Fedtri yahya yang menukilkan sebuah sajak kepada pendakwah berbangsa Cina itu sebagai tanda sokongan.
Menerusi sajak itu, Fedtri menjelaskan keperluan seorang pendakwah untuk bergelar hartawan sebagaimana dituntut Islam. Antara sebab yang dinyatakan seseorang itu mampu bersedekah, membela ummah, seruan agama, berzakat dan dipandang tinggi agama lain.
Perkongsian Fedtri itu ternyata memberi kesan kepada netizen yang memahami maksud yang disampaikan. Malah, ramai mengatakan Ebit Lew menjadi inspirasi kepada mereka diluar sana yang mempunyai kemewahan namun menginfakkannya ke jalan Allah.
Dalam pada itu, rata-rata netizen turut mendoakan agar Ustaz Ebit dimurahkan rezeki untuk terus berbakti dalam membantu mereka yang memerlukan dan terus istiqamah dalam kerja kebajikan.
Sumber: ROTIKAYA
from Sehinggit Media https://ift.tt/2KVbHWQ
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2KT3KRP
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment