Sunday 3 May 2020

Kematian Yang Dicemburui, Guru Al-Quran Meninggal Dunia Ketika Sedang Mengaji


Kematian yang dicemburui dan amat menyentuh hati apabila menghembuskan nafas terakhir ketika membaca kalam Allah.

Itu pengakhiran mulia seorang huffaz dan guru al-Quran terkenal di Nazilli, Turki, Mehmed Ali Seflek Hodja, 96, yang menjadi bualan ramai.

Jenazahnya ditemui dalam keadaan kepalanya terbaring di atas halaman muka surat al-Quran, akibat serangan jantung malam Selasa lalu.

Memetik portal Haberurfa, warga emas itu sememangnya uzur akibat faktor lanjut usia.


Sepanjang hayatnya, Seflek mengabdikan dirinya dalam mengembangkan ilmu al-Quran dengan menjadi tenaga pengajar kepada ribuan pelajar.


Kematian Seflek turut mendapat perhatian artis dan penyair, Dursun Ali Erzincanlı yang pernah memenangi hati jutaan orang daripada karya cinta nabi, yang menzahirkan duka cita atas kematian Seflek.

“Permata berharga Nazilli, Ali Şeflek kembali kepada pencipta semasa membaca al-Quran.

“Semoga syurga tempatnya,” katanya.

Seflek dikebumikan di tanah perkuburan Eğriboyun selepas solat jenazah di Masjid Koca, Nazilli.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media https://ift.tt/2WmxFXN
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3dfsIXU
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment