Thursday 7 May 2020

Kedai Gunting Rambut Masih Tidak Boleh Beroperasi


PUTRAJAYA - Kerajaan masih belum membenarkan kedai gunting rambut dibuka buat masa ini walaupun terdapat gesaan daripada ramai pihak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia susulan terdapat beberapa laporan di Jepun dan Amerika Syarikat berkaitan penularan jangkitan koronavirus (Covid-19) dalam kalangan penggunting rambut dan pelanggan.

"Kita masih memantau perkara ini dengan teliti sebelum dapat membenarkannya secara berperingkat.


"Tetapi kita dah benarkan kelonggaran dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei lalu dan berharap dalam tempoh dua minggu lagi dapat lihat perkembangan kes sama ada berlaku peningkatan atau tidak," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Beliau berkata, selepas itu pihaknya akan melihat sama ada kerajaan sudah boleh membuka lebih banyak sektor khas termasuk dalam bidang gunting rambut dan sebagainya.

"Kita akan pantau sebelum beri nasihat kepada kerajaan dalam tempoh terdekat," katanya.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media https://ift.tt/2yBPPNv
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2WA7Rrw
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment