Bermula hari ini, rakyat Malaysia telah mula keluar bekerja seperti biasa dengan pelbagai SOP ketat bagi menggelakkan sebarang sentuhan dengan individu lain.
Menjaga jarak masing-masing adalah perkara paling utama dalam menbendung wabak Covid-19 yang dilihat sudah menunjukkan penurunan.
Masih dalam PKP
Namun begitu, menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia semalam, Datuk Dr Noor Hisham telah memaklumkan bahawa Malaysia masih dalam Perintah Kawalan Pegerakkan Fasa 4 iaitu sehingga 12 Mei 2020.
Jika ada sektor ekonomi yang dibuka dan pekerja tidak mematuhi SOP ditetap, mereka perlu kembali duduk di rumah dan menjalani PKP seperti sebelum ini.
Sudah ramai keluar bekerja
Terdahulu, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa beberapa sektor ekonomi negara akan kembali dibuka pada 4 Mei dengan SOP yang ketat. Para pekerja sudah dibenarkan pergi ke tempat kerja seperti biasa.
Jadi, sejak pagi tadi, pengangkutan awam dan jalan raya sudah mulai dipenuhi orang ramai yang berduyun-duyun bergerak ke tempat kerja selepas hampir 2 bulan duduk dirumah.
Susulan daripada itu, pihak KKM terus-terusan memberi peringatan kepada orang ramai agar menjaga kesihatan dan penjarakkan sosial demi kebaikan semua.
Semoga rakyat Malaysia dapat mematuhi SOP tersebut dan membantu pihak KKM dalam membanteras pendemik ini daripada menular.
Stay Safe!
Sumber : KKM via https://ohmymedia.cc
from Sehinggit Media https://ift.tt/2ymY0go
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Wln8MA
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment