Selepas kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setelah 46 hari melaksanakan langkah pencegahan tersebut untuk membendung wabak pandemik Covid-19, orang ramai mula dilihat keluar dari rumah untuk menjalankan urusan harian mereka.
Namun begitu, terdapat beberapa foto yang berlegar di media sosial yang memaparkan orang ramai berbaris di hadapan kedai pajak gadai. Perkara tersebut telah menimbulkan beberapa pandangan orang ramai mengenai nasib mereka yang berbaris itu. Apa tidaknya, ada yang berpendapat bahawa berkemungkinan mereka itu memerlukan wang untuk menyara kehidupan.
Menjengah ke laman Twitter, terdapat beberapa warganet yang berkongsikan suasana di pelbagai tempat yang menunjukkan orang ramai berbaris di hadapan kedai pajak gadai.
Perkongsian warganet kebanyakannya telah mengundang pelbagai reaksi sedih.
Sedihnya lalu pekan Rawang tadi, ramainya beratur depan Ar Rahnu & Pajak Gadai.— ᏦujᎥᎬ (@kujie) May 4, 2020
Tak pernah nampak keadaan macam tu sebelum ni
Sedih je tengok orang beratur panjang kat kedai pajak gadai.— Friends of Joni (@_joni_joni_joni) May 4, 2020
Harap harap tak gadai barang kemas kahwin. 😢 pic.twitter.com/ZaNYYNpvVz
Bagi sesetengah daripada kita, PKP ini mungkin tidak banyak memberi kesan daripada segi kewangan kepada kita kerana ada sebahagian majikan yang membenarkan pekerja mereka untuk bekerja dari rumah dan secara tidak langsung, gaji tidak dipotong dan dibekukan.
Namun bagi mereka yang bekerja sendiri dan mengharapkan gaji harian pula, mata pencarian mereka ini mungkin telah terganggu berikutan daripada pelaksanaan PKP yang berkuatkuasa pada 18 Mac 2020.
Ramai ramai beratur kt pajak gadai bukan suka suka tp terpaksa. Itu yg ada benda nak digadai. Yang takda 😔— Kak Jah Sungai Dua (@XXXbyefelicia) May 4, 2020
Disebabkan oleh itu, hari ini di media sosial dapat dilihat dibanjiri dengan foto anggapan warganet berkenaan orang ramai yang dikatakan terkesan dan memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan.
Sumpah sedih bila tengok gambar orang beratur dekat kedai pajak gadai. Ramai yang terdesak sampai terpaksa gadai barang kemas sendiri 😔😭 haish pic.twitter.com/ovNJ6KloV1— MIGRAINE BUKAN MANUSIA (@IniAlannn) May 4, 2020
Mungkin ada diantara mereka ini yang terpaksa menggadai barang kemas pusaka mahupun barang kemas hasil hantaran daripada perkahwinan mereka. Pun begitu, perkara tersebut tidak dapat dipastikan. Ini kerana mungkin juga ada diantara mereka yang mahu menebus barang kemas dan bukanlah memajaknya.
Pemandangan paling sedih setakat ini.— Keyboard Gangster (@_shamseng_) May 4, 2020
Kali pertama saya jejak kaki kedai pajak adalah masa nak posting ke Johor. Mak saya suruh gadai rantai pusaka dia. Berjurai air mata dr rumah sampai la dlm perjalanan.
(Cont)@NoorAminAhmad pic.twitter.com/DMPcm26Mow
Sehubungan dengan itu, kita sentiasalah bersyukur atas rezeki yang dikurniakan dan marilah kita bersama-sama berdoa agar wabak virus yang diturunkan ini dapat berakhir dalam masa yang singkat supaya orang ramai yang berada dalam kesusahan susulan daripada penularan wabak virus ini dapat mencari rezeki semula demi meneruskan kelangsungan hidup.
Sedihlah tgk timeline pic org beratur kedai pajak gadai. And I’m complaining about workload, back pain & cannot meet deadline. I should be bersyukur instead😔.— kopi ais (@nh_no23) May 4, 2020
Sumber: Twitter via Siakapkeli.my
from Sehinggit Media https://ift.tt/2L22Tyc
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3diU7bm
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment