Sunday 3 May 2020

Dua Lelaki Mabuk Ditahan Langgar Sekatan Jalan Raya Pukul 4.30 Pagi


KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki yang disyaki menaiki kereta dalam keadaan mabuk hingga merempuh kon penghadang sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala Ampang di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 4.30 pagi itu, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan membabitkan mangsa dan anggota yang bertugas di kawasan SJR terbabit.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff, berkata sebelum kejadian, pihaknya sudah memberi isyarat kepada kedua-dua suspek berusia 29 dan 33 tahun itu untuk memberhentikan kereta, namun Proton Wira dinaiki mereka itu gagal berbuat demikian.


"Kedua-dua lelaki itu memberikan alasan untuk pulang ke rumah yang terletak di Taman Kajang Utama. Suspek dengan sengaja tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan gagal memberi alasan munasabah.

"Suspek memandu kereta secara melulu dalam keadaan mabuk hingga melanggar dua unit penghadang di bahagian tepi SJR," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kedua-dua suspek kini ditahan selama tiga hari sehingga 5 Mei ini untuk siasatan mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 26(2) Akta Polis 1967.

Noor Azmi menasihati orang awam supaya sentiasa memberi kerjasama kepada pihak polis dan mematuhi PKP mengikut undang-undang.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2VZz9s9
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2YEP695
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment