Thursday 7 May 2020

COVID-19: KKM Sedia Berdepan Kelumpuhan Sistem Jika Berlaku Kenaikan Mendadak


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan pihaknya bersedia berdepan sebarang kemungkinan termasuk kelumpuhan sistem sekiranya berlaku peningkatan kes mendadak di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia termasuk persiapan dari segi tenaga kerja dan fasiliti di hospital-hospital yang merawat pesakit COVID-19.

“Kelumpuhan sistem, kalau kita lihat setakat ini prinsip KKM dalam persiapan kita adalah membuat persiapan sebaik mungkin atau ‘we prepare for the worst’ tetapi kita mengharapkan yang terbaik.


“Setakat ini, saya katakan Alhamdulillah walaupun kita ada kemampuan dari segi hospital, wad, peralatan dan kemampuan tenaga kerja,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Khamis.

Jelas Dr Noor Hisham, setakat ini sebanyak 864 atau 16 peratus daripada 5,500 katil sedang digunakan oleh pesakit di 40 buah hospital yang dikhususkan bagi rawatan COVID-19 di seluruh negara.

Selain itu, sebanyak 3,875 buah katil telah ditempat di pusat kuarantin (557 sedang digunakan); 77 buah katil bagi penjagaan kritikal, manakala sebanyak 1,091 buah alat pernafasan turut disediakankan (38 peratus sedang digunakan).

Sumber: https://ift.tt/Kx0FWj


from Sehinggit Media https://ift.tt/3fumbdG
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2yELE3k
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment