Friday 1 May 2020

COVID-19: Kes Positif Penularan Tempatan Meningkat Dua Hari Berturut-turut


PUTRAJAYA - Kes positif koronavirus (Covid-19) membabitkan penularan tempatan menunjukkan peningkatan dua hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 69 kes baharu, 57 kes membabitkan penularan tempatan berbanding kes import sebanyak 12.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sebanyak 6,071 kes," katanya.


Menurutnya, seramai 1,758 pesakit Covid-19 masih dirawat di hospital.

"Sehingga kini, seramai 37 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 14 memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media https://ift.tt/2zNR6kS
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2zFs9rB
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment