Sunday, 10 May 2020

COVID-19 Kembali Aktif Di Perak Selepas Hampir Dua Minggu Diisytihar Negeri Zon Hijau


IPOH - Perak kini mencatatkan dua kes baharu koronavirus (Covid-19) selepas diisytiharkan negeri zon hijau pada 1 Mei lalu.

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, dua kes positif Covid-19 di Perak hari ini merupakan adik-beradik warga tempatan.

Menurutnya, kedua-dua mereka dari Sitiawan dan masing-masing berusia 29 dan 30 tahun.


"Kes pertama dikesan melalui saringan sebelum kembali bekerja. Kes kedua dikesan melalui aktiviti pengesanan kontak rapat bagi kes pertama. Kedua-dua kes tiada bergejala.

"Punca jangkitan masih dalam siasatan," katanya sebagai respon kepada media menerusi kumpulan WhatsApp Jabatan Kesihatan Perak hari ini.

Dalam sidang akhbar hari ini (10 Mei), Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan sebanyak 67 kes baharu wabak Covid-19 direkodkan hari ini termasuk dua kes di Perak dengan 49 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

Simber: Sinar Harian


from Sehinggit Media https://ift.tt/3fFg2vs
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/35O7mOP
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment