Sunday, 3 May 2020

Bos Jakel Mohon Maaf Kepada Orang Melayu Yang Tersinggung, Ini Kata-Kata Padu Dari Yusuf Azmi


"DENGAN rendah hati, saya mewakili seluruh ahli keluarga dan rangkaian perniagaan Jakel memohon maaf kepada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu yang tersinggung dengan kenyataan adik saya (Muzaffar)," kata Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel.

Beliau membuat permohonan maaf itu susulan kenyataan adiknya yang tular di media sosial dan mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan warganet disebabkan ia disifatkan berbaur penghinaan kepada orang Melayu.

Menurut Mohamed Faroz, beliau sendiri kesal dan marah dengan tindakan adiknya apatah lagi beliau sedar dan mengakui orang Melayu adalah penyokong terbesar perniagaannya selama ini.

"Isu itu kini seolah-olah ditokok tambah pihak tertentu yang mungkin cuba menghangatkan situasi serta menjatuhkan perniagaan Jakel.

"Awalnya, adik saya hanya menjawab pertanyaan seorang pelayar mengenai SOP (prosedur operasi standard) premis Jakel yang akan kembali beroperasi esok.

"Ia susulan ada warganet yang menyatakan kewujudan kluster Jakel pula apabila premis perniagaan kami dibuka, jadi adik saya memaklumkan SOP akan dititikberatkan sepanjang beroperasi.

"Walaupun adik saya sudah menyatakan mengenai SOP itu, pelayar berkenaan berterusan bertanya apa SOP yang dimaksudkan," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menjelaskan lanjut, Mohamed Faroz berkata, disebabkan itu, adik saya memuat naik kenyataan berkenaan dan dia mengakui cara penulisan adiknya menampakkan seolah-olah tidak sensitif dan mengguris hati orang Melayu.

"Saya juga terkesan dengan kenyataannya dan marah tetapi perkara sudah pun berlaku. Pada saya, salah faham ini menjadi lebih teruk apabila ia mula ditokok tambah oleh hantaran lain yang tidak tepat," katanya.

Merujuk kepada individu yang menggunakan nama Nor Lizah di Facebook, Mohamed Faroz berkata, individu terbabit tiada kena mengena dengan keluarga mahupun perniagaan Jakel.

"Saya dan keluarga langsung tidak mengenali individu itu jauh sekali menyokong kenyataannya. Isu ini saya kira hampir reda namun hantaran Nor Lizah di Facebooknya memanaskan kembali seperti mencurah minyak ke atas api yang hampir padam.

"Sangatlah tidak logik dan tidak masuk akal untuk menghina (orang) Melayu seumpama itu apabila saya sendiri sedar mereka begitu setia menyokong kami selama ini. Malah, mana mungkin kita akan menghina secara terbuka.

"Saya berharap masyarakat dapat memaafkan sebarang khilaf yang dilakukan seluruh ahli keluarga dan pekerja saya. Saya mungkin agak beremosi dalam hal ini tetapi (saya) benar-benar kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku," katanya.

Kenyataan Muzaffar semalam tular apabila dia dikatakan menghina orang Melayu menerusi hantarannya di media sosial sehingga mencetuskan kemarahan warganet khususnya masyarakat Melayu.

Isu bertambah panas apabila individu menggunakan nama Nor Lizah turut menghina Melayu dengan lebih teruk menerusi penggunaan perkataan bodoh dan sebagainya.

Bagaimanapun difahamkan, pemilik akaun, Nor Lizah itu dikatakan membuat laporan polis kerana tidak membuat hantaran itu sebaliknya dilaporkan berkata akaun Facebooknya digodam. - Harian Metro

Yusuf Azmi tampil bersuara

Menurut Yusuf Azmi, kita semua sebagai saudara sesama Islam perlu memaafakan apa yang telah berlaku kerana pihak Jakel telah pun memohon maaf. Yusuf Azmi juga berharap rakyat Malaysia akan bersimpati dengan Jakel dan mengesa untuk tidak menghancvrkan usaha pernigaan Umat Islam.

Menurut Yusuf Azmi lagi, setiap manusia melakukan kesilapan dan rata-rata pekerja Jakel kebanyakan terdiri dari bangsa Melayu dan Umat Islam.

“Kita sesama islam..Maafkan apa yang telah berlaku.. Kenyataan Muzaffar dari Pihak Jakel yang telah menyinggung bangsa melayu.. Apa pun Abg beliau atau Selaku Pengarah Datuk Fairus telah memohon maaf.. Saya mengharapkan semua Rakyat Malaysia bersimpati kepada JAKEL.. Janganlah kita menghancvrkan Usaha Perniagaan Umat Islam kita.. Setiap manusia melakukan khilaf.. Jangan biarkan Puak Puak yang tertentu bertepuk tangan dengan penghasilan menjatvhkan perniagaan orang melayu islam.. Marilah kita berfikiran Rasional.. Pekerja kebanyakkan di Perniagaan Jakel adalah bangsa Melayu dan Terdiri dari Umat Islam.. Mari Kita bersama.. Sokong BUY MUSLIM FIRST..”



from Sehinggit Media https://ift.tt/2WlnCT4
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3ddELVy
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment