Friday 8 May 2020

Bawa Dadah Rupanya. Remaja 17 Tahun Ditahan Selepas Dikejar 7 Buah MPV Polis


Seorang remaja berusia 17 tahun ditahan polis selepas dikejar 15 kilometer.

Suspek yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi itu dikatakan memecut laju selepas diarahkan berhenti oleh anggota polis yang menaiki MPV.

Ketika meloloskan diri, suspek memandu dengan cara berbahaya dan telah melanggar beberapa kereta orang awam.

Tujuh buah MPV polis mengejar dan mengepung suspek sebelum berjaya memberkasnya di Jalan Tebrau kira-kira jam 10.30 pagi tadi.


Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi berkata, hasil pemeriksaan polis menemui pelbagai jenis dadah dalam beg sandang milik suspek.

Ia termasuk 10 biji pil Erimin 5, satu paket plastik lutsinar berisi 9 pil warna hijau disyaki dadah Ecstacy seberat seberat 4.84 gram, satu paket plastik lutsinar berisi 11 pil warna ungu juga disyaki dadah jenis Ecstacy seberat 4.61 gram dan satu paket plastik lutsinar berisi hablur kristal disyaki dadah jenis Ketamine seberat 9.84 gram dan satu paket plastik lutsinar berisi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 2.60 gram.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39A (1), Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: FB Buletin TV3


from Sehinggit Media https://ift.tt/2WJV31U
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3bmzZUt
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment