Monday, 4 May 2020

47 Hari Berkampung Tepi Jalan Jaga Lalu Lintas, PDRM & ATM Beransur Undur Diri


Selepas 47 hari Perintah Kawalan Pergerakkan berlangsung, hari ini, bermulanya ‘tanggungjawab’ rakyat Malaysia bagi memastikan diri sendiri menjaga jarak antara satu sama lain.

Kerajaan telah pun memberi kelonggaran kepada para pekerja untuk kembali bertugas serta sekatan jalan raya juga sudah berkurangan.

Hari terakhir bertugas

Oleh sebab itu, barisan petugas keselamatan seperti PDRM dan juga ATM dilihat mulai berkurangan dipinggir-pinggir jalan sambil memerhatikan lalu lintas.


Sehubungan dengan itu, laman Facebook Negeri Sembilan Kini telah memuat naik foto hari terakhir frontliner kita bertugas menjaga lalu lintas. Foto tersebut adalah kiriman daripada salah seorang daripada mereka.


Semoga bertemu di lain masa

Dalam kapsyen tersebut, mereka memaklumkan bahawa ini adalah hari terakhir mereka bertugas selepas 47 hari di kawasan Tol Port Dickson. Mereka juga berharap dapat bertemu lagi dengan para sahabat PDRM dan ATM dikemudian hari nanti.


Anda hero kami!

Susulan daripada muat naik tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai diatas perkongsian itu. Mereka akui terasa sebak melihat gambar tersebut dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan PDRM dan ATM yang tanpa lelah bertugas ketika PKP berlangsung tempoh hari.


Rasa sebak pulak tiba2


Terima kasih barisan  hadapan


Sumber : Negeri Sembilan Kini via https://ohmymedia.cc


from Sehinggit Media https://ift.tt/3dhqabD
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2KWWrIQ
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment