Saturday 2 May 2020

105 Lagi Positif COVID-19, Kes Meningkat Empat Hari Berturut-turut


Malaysia mencatatkan 105 kes Covid-19 baru, yang merupakan peningkatan kes harian tertinggi sejak 16 hari lalu.

Dalam sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baru itu terdiri daripada 11 kes import dan 94 kes jangkitan tempatan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang sudah direkodkan ialah 6,176 kes.

Noor Hisham juga memaklumkan bahawa 116 pesakit lagi pulih, menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh 4,326 kes, atau 70 peratus.


Ini bermakna kes Covid-19 aktif di Malaysia setakat tengah hari tadi ialah 1,747 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 31 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 12 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada kematian baru dilaporkan setakat tengah hari tadi dan jumlah korban kekal 103 atau 1.67 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan.

Sumber: Malaysiakini


from Sehinggit Media https://ift.tt/2YlOogG
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2zOsJDv
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment