Wednesday 18 March 2020

"Jangan Marah Kami Ya Allah.. Selamatkan Seluruh Negara Kami.." – Ebit Lew


Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memanjatkan doa untuk rakyat Malaysia dan seluruh masyarakat dunia agar terlindung daripada wabak bahaya Covid-19.

Menerusi laman Instagram miliknya, pemilik nama Ebit Irawan Ibrahim Lew itu memuat naik sebuah video menadah tangan merayu kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa dalam setiap kejadian yang berlaku.

“Ya Allah selamatkan kami dari Covid-19 ini Ya Allah. Bantulah kami semua. Pejuang di barisan hadapan doktor dan petugas KKM serta semua yang sedang berjuang.


“Bantulah kami semua Ya Allah. Tolonglah kami Ya Allah… bantulah kami,” tulisnya pada kapsyen posting tersebut.

Rakaman video berdurasi seminit itu dihujani lebih 5,000 komen dan mendapat 352,000 tontonan dalam kalangan peminat serta pengikutnya.


Warganet turut mengaminkan doa tersebut selain berharap agar negara ini sentiasa dilindungi daripada segala wabak dan penyakit.

Moga segala doa dimakbulkan


Kami terlalu banyak buat dosa


Amin Ya Rabbal Alamin


Bersatulah rakyat Malaysia!


Sumber : Ebit Lew via https://ohmymedia.cc


from Sehinggit Media https://ift.tt/2xO5mJf
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/393Szze
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment