Wednesday 18 March 2020

Bukan Takut Virus Lebih Daripada Allah, Tapi Islam Ajar Ikhtiar & Usaha Cari Penawar


ISLAM mengajar umatnya supaya berikhtiar dan berusaha mencari penawar bagi merawat penyakit dihadapi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, usaha dan ikhtiar itu juga bukanlah bermaksud takut pada virus lebih daripada Allah SWT.

Menurutnya, dalam Islam diajar mengambil hukum sebab tanpa menafikan hukum musabib.

“Maknanya hukum sebab ini dengan buat macam ini ia akan jadi begini dengan pergi tempat macam ini akan jadi macam ini.

“Hukum sebab kena ambil kira tetapi musabib yang pencipta sebab juga perlu diambil kira iaitu Allah tetapi cara dia ialah dengan ikhtiar,” katanyadalam satu temubual di sebuah stesen televisyen malam tadi.


Zulkifli berkata, Nabi Muhammad SAW mengajar supaya berubat dan mencari penawar sesuatu penyakit.

“Nabi ajar kepada kita kenapa suruh berbuat begitu... kalau Nabi tahu mati hidup itu daripada Allah semua itu tak payah buat apa-apa lah.

“Tetapi Nabi kata berubatlah, ikhtiarlah kamu dan carilah penawar. Makna kata dalam Islam dia ajar macam itu,” katanya.

Jadi, katanya, tidak bermakna melakukan ikhtiar, kuarantin, makan ubat dan mengikut arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu bukan takut kepada Allah SWT tetapi usaha merawat.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media https://ift.tt/2J0f2CV
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/390ClXJ
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment