KUALA LUMPUR - “Kami masih suami isteri. Saya dan dia (isteri) okey-okey sahaja,” balas peserta Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan kepada Kosmo! Online apabila ditanya tentang kesahihan perkahwinan keduanya dengan wanita bernama Hana Azraa di ambang perceraian.
Selepas dua bulan menceraikan isteri pertama, Ain ‘Afini Latif, PU Abu atau nama sebenarnya, Muhammad Abu Sufyan terus mencetuskan sensasi apabila Hana mendedahkan mereka sudah membawa haluan masing-masing dan tidak lagi tinggal bersama.
“Saya dan Abu kini dalam proses untuk bercerai. Kami sudah tidak tinggal sebumbung, dia di Kuala Lumpur manakala saya di Kedah.
“Saya tidak mahu lagi dikaitkan dengan PU Abu di media. Hidup saya cukup dengan anak-anak dan kerjaya,” kata Hana atau nama sebenarnya, Nurhannah Azra Mohd. Zakir seperti dipetik sebuah portal hiburan.
Terdahulu, konflik perceraian PU Abu dan isteri pertama, Ain berakhir dengan talak dua pada 16 Mei lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Adam Aysar yang dilahirkan di Hospital Shah Alam, Selangor pada 7 Jun lalu.
Hana dikaitkan dengan kontroversi rumah tangga apabila didakwa menjadi punca perceraian antara pendakwah bebas itu dengan bekas isteri pertama.
Sumber: Kosmo Online
from Sehinggit Media https://ift.tt/2Jqy1aU
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2S2lvkg
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment