MOSCOW: Seorang wanita maut selepas terjatuh dari tingkat sembilan sebuah flat di Rusia ketika sedang melakukan hubungan intim.
Pasangannya bagaimanapun terselamat kerana menghempap tubuh mangsa.
Wanita berusia 30 tahun itu ditemukan terbaring kaku dalam keadaan separuh bogel dari paras pinggang ke bawah di tingkat bawah blok di St Petersburg pada malam 5 Julai lalu.
Saksi mendakwa mereka terlihat televisyen dicampakkan ke luar tingkap selepas mangsa dan pasangannya yang berusia 29 tahun terjatuh ke bawah.
Media tempatan melaporkan wanita itu dipercayai mati di tempat kejadian.
"Lelaki separuh bogel itu didakwa bangkit semula dan kembali menyertai parti yang turut disertai mangsa sebelum insiden tersebut," menurut satu laporan.
Soal siasat ke atas beberapa saksi mendakwa pasangan itu dipercayai mengadakan hubungan intim di tingkap sebelum terjatuh.
Difahamkan, siasatan kes pembunuhan telah dilancarkan. - Agensi
from Sehinggit Media https://ift.tt/2Y4lZrI
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2O50w27
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment