Polis membuka dua kertas siasatan berhubung dakwaan pendakwah kontroversi, Wan Ji Wan Hussin dipukul ketika dalam penjara, baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat pendakwah dan juga laporan oleh pihak penjara.
"Semalam kita merima laporan yang dibuat pendakwah itu dan pada Rabu, pihak penjara juga membuat laporan polis berkenaan isu itu terhadap Wan Ji.
"Susulan itu, polis membuka dua kertas siasatan, pertama di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang mana Wan Ji mengatakan telah dipukul semasa dalam tahanan di penjara.
"Kedua di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berdasarkan laporan polis yang dibuat pihak penjara yang mengatakan telah difitnah Wan Ji.
"Kedua dua kes masih dalam tindakan siasatan lanjut polis," katanya hari ini.
Khamis lalu, Wan Ji diminta membuat laporan polis jika memerlukan pembelaan berhubung dakwaan dirinya dipukul ketika ditahan di Penjara Kajang baru-baru ini.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu perlu bagi membolehkan pihak polis membuat siasatan lanjut dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Wan Ji sebelum ini mendakwa dirinya dipukul individu bertopeng yang memakai pakaian warden ketika menjalani hukuman setahun penjara selepas Mahkamah Tinggi menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman kerana menerbitkan perkataan menghasut dan menghina terhadap Sultan Selangor tujuh tahun lalu.
Mahkamah Tinggi kemudian membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap penceramah bebas berusia 37 tahun itu berkuatkuasa 12 Julai.
Sumber: Sinar Harian
from Sehinggit Media https://ift.tt/2JRYGwf
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Sxk1Pl
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment