Friday, 19 July 2019

Azmin Petik Ayat Quran


KUALA LUMPUR 19 Julai - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sedang berdepan dengan tekanan ekoran penyebaran video seks sejenis yang disahkan tulen oleh polis, hari ini memetik ayat al-Quran dari surah An-Nur.

Ayat itu menyeru orang yang beriman supaya bersangka baik dengan seseorang yang dituduh melakukan sesuatu perbuatan.

Melalui twitternya dengan tanda pagar #TwitJumaat, Mohamed Azmin memuat naik terjemahan dari ayat 12 surah tersebut yang bermaksud: “Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri dan berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.”


Semalam, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengesahkan video yang dikaitkan dengan Mohamed Azmin itu adalah tulen, namun pelakunya tidak dapat disahkan.

Ekoran itu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam reaksinya meminta Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu perlu meletakkan jawatan sekiranya video seks yang dikaitkan dengan lelaki mirip dirinya disahkan benar.

Dalam reaksi balasnya pula, Mohamed Azmin meminta Anwar lihat dirinya dalam cermin selain menyuruh Anwar bermuhasabah dengan melihat diri sendiri.

Sumber: Utusan Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2JEtDFd
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2xTFEQo
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment