Sunday 28 July 2019
Zizi Kirana Mahu Kahwin Lelaki Kelakar, Tak Kisah Paras Rupa
Usianya kini menganjak 34 tahun, penyanyi Zizi Kira berkata dia tidak menolak andai ditakdirkan bertemu jodoh dengan lelaki pilihan keluarganya.
Zizi berkata, dia sudah malas untuk memikirkan tentang soal jodoh dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada ibunya untuk mencarikan lelaki terbaik.
“Saya sudah jelak bercinta, namun masih belum ditakdirkan bertemu jodoh. Malas rasanya terus memikirkan soal itu, jadi lebih baik saya serahkan kepada ibu kerana dia lebih tahu lelaki bagaimana yang terbaik untuk saya.
“Saya terima sekiranya sudah tertulis hanya bertemu cinta sejati selepas berkahwin,” katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, Zizi berkata dia impikan lelaki yang kelakar dan seorang yang rajin. Katanya lagi, dia tidak mementingkan paras rupa bakal suaminya.
“Soal rupa, asalkan sedap mata memandang, itu sudah memadai. Pada usia sekarang, saya tidak lagi meletakkan paras rupa sebagai kriteria utama.
“Paling penting, bakal suami saya mesti pandai berjenaka kerana saya mudah tertarik dengan lelaki yang kelakar. Dia juga perlu ringan tulang kerana saya tidak dapat hidup dengan orang malas,” katanya.
Sumber: Rotikaya
from Sehinggit Media https://ift.tt/2YnNuRe
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2SK7NmE
via merahhaticintaku.blogspot.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment