Monday, 22 July 2019

Isteri Siram Suami Dengan Air Panas Kerana Dimadu


MAKASSAR - Gara-gara dimadu, seorang wanita di Indonesia tergamak menyiram suaminya dengan air panas hingga menemui ajal, minggu lalu.

Suspek dikenali sebagai Aminah berasal dari Sulawesi Selatan berang selepas mendapat tahu mangsa, Bachtiar, 28, bernikah dengan wanita lain secara senyap-senyap.

Ketika kejadian, ibu kepada tiga anak itu sedang memasak air.

"Perasaan marah bercampur-baur pada masa itu. Saya tidak berfikir panjang terus menjirus air panas pada tubuh suami saya yang sedang nyenyak tidur," katanya yang telah berkahwin selama 12 tahun.

Menurut Aminah, dia sangat kecewa kerana suaminya jarang memberi nafkah malah mangsa turut meminta wanita terbabit meminjam wang daripada jiran tetangga.

Mangsa mengalami kesan melecur yang teruk dan dikejarkan ke hospital daerah Padjonga Dg Ngalle, Kabupaten Takalar.

Ahli keluarga turut meminta Bachtiar menjalani rawatan tradisional kerana keadaannya semakin teruk, namun tidak berhasil.

Difahamkan, Aminah kini ditahan polis untuk membantu siasatan. - Agensi


from Sehinggit Media https://ift.tt/32MKM7e
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2GoxLY2
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment