Saturday, 13 July 2019

Najib Intai Peluang Jadi PM Pula?


KUALA KANGSAR - Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz percaya anak muda perlu diberikan peluang untuk menerajui pimpinan tertinggi negara termasuk jawatan perdana menteri.

Kenyataan itu disuarakan selepas mendakwa bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak memohon jawatan menjadi Pengerusi BN.

"Mahu jadi perdana menteri lagi ka, bagi la peluang kepada anak muda pimpinan baharu, cukup la. Saya tahu jawatan dipohon Pengerusi BN bukan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, bermakna dia (Najib) melihat masa hadapan kita cerah dengan kerjasama UMNO dan Pas, maka dia mahu mengambil kesempatan.

"Ramai ahli UMNO tidak faham tindakan saya tidak bersetuju pelantikan Datuk Seri Najib ini adalah kerana saya sayang parti dan buat untuk UMNO bukan individu," katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Rengas 2019 di Kem PLKN Kota Lama, Sauk, di sini, hari ini.

Nazri menambah selepas beliau menyuarakan pendapat bahawa tindakan Najib untuk memegang jawatan tertinggi itu sebagai langkah ke belakang, beliau mendakwa dihujani panggilan telefon daripada ahli dan pimpinan UMNO yang sependapat dengannya.

"Tetapi orang Melayu termakan budi banyak maka mereka tidak sanggup menyatakan tidak bagus secara terbuka dan saya nak tanya dengan ikhlas apa sebenarnya nasihat dia (Najib) boleh beri walhal waktu jadi ketua parti kita kalah.

"Biarlah pada pimpinan baharu yang dipilih perwakilan sendiri yang bawa kita dalam perjuangan kalangan pimpinan akan datang," katanya.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media https://ift.tt/2XKhNBZ
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2LQx9xD
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment