Sunday, 14 July 2019

Genap 2 Tahun Zulfarhan Pergi, Ibu Terbangun Dengar Jeritan “Mak”


Genap dua tahun penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain pergi menghadap Ilahi pada tarikh 1 Jun lalu.

Bagi ahli keluarga mangsa, kejadian tersebut umpama mimpi ngeri apatah lagi kerinduan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Ibu kepada Allahyarham, Hawa Osman memuat naik sebuah posting di laman Facebook berkongsi luahan hati apabila masih terngiang-ngiang suara anak sulung daripada empat adik-beradik itu.


“Ya Allah hari ini (1 Jun lalu), genap 2 tahun arwah along (panggilan untuk Zulfarhan) meninggalkan kami sekeluarga.

“Pagi ini terkejut mendengar panggilan ‘mak’ dua kali, kali ke-2 jeritan mak dengan kuat sekali, terus terjaga mencari2 suara.. Masuk kebilik abang ngah Zul Helmie Idros, tengah tidur.

“Sesungguhnya aku merinduimu along, maka allah perdengarkan suaramu. Terima kasih Ya Allah, terima kasih. Amin, amin. semoga along tenang di syurga ya sayang mak,” tulisnya.


Menerusi posting berbeza, Hawa juga berharap si pelaku dalam kejadian itu akan menerima hukuman gantung sampai mati akibat sifat tidak berperikemanusiaan yang membunuh nyawa anaknya.
Ramai2 kita berdoa!


Semoga keadilan sewajarnya untuk arwah!


Terdahulu, mahkamah menetapkan 31 Julai depan untuk keputusan akhir pendakwaan setelah enam tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat.

Sumber : Hawa Osman via ohmymedia.cc


from Sehinggit Media https://ift.tt/2NRDV95
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2XPdEI0
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment