Sunday, 21 July 2019

"Anak Saya Lurus Bendul.." - Bapa Gadis Pijak Al-Quran Dedahkan Perkara Sebenar..


BAPA kepada remaja perempuan yang memijak al-Quran dan videonya tular di media sosial Khamis lalu, memaklumkan anaknya yang berusia 17 tahun itu seorang yang lurus bendul.

Bapanya yang ditemubual secara langsung di Facebook (FB) ‘Kelate Kito’ semalam, hanya dikenali sebagai Roslan berkata, pemikiran anaknya seperti budak-budak berusia tujuh atau lapan tahun sedangkan usianya sudah remaja.

Katanya, anaknya itu juga hanya berkawan dengan kanak-kanak dan budak bukannya dengan rakan sebayanya.

“Anak saya umur 17 tahun dan sudah berhenti sekolah kerana dia kata tidak nampak ‘jalan’ (tidak dapat meneruskan pelajaran), jadi saya menyuruh dia berhenti sekolah.

“Dia seorang yang lurus bendul dan pemikirannya tak waras mana,” katanya dalam nada sebak.

Kakak remaja berkenaan yang dikenali sebagai Fatihah pula berkata, dia yang membuat laporan polis selepas melihat rakaman video adiknya memijak kitab suci sudah tular yang dikongsi rakannya pada 2.30 petang, Khamis lalu.

“Saya tanya adik betul ke dia yang pijak (al-Quran) dan dia mengaku kerana dipaksa (rakan-rakan). 

Mula-mula saya hendak marah tetapi berfikir tiada guna kerana ia sudah tular.

“Saya terus buat laporan polis sebab tidak mahu keluarga malu dengan kejadian itu,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Azmi Abu Kassim berkata, tempoh tahanan reman terhadap empat remaja perempuan yang terbabit dalam kejadian memijak al-Quran di Kusial, Tanah Merah, baru-baru ini, dilanjutkan sehari lagi.

Katanya, reman dilanjutkan untuk melengkapkan siasatan terhadap semua suspek.

“Perintah tahan reman disambung sehingga esok untuk melengkapkan siasatan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di Kota Bharu, hari ini.

Sebelum ini, semua suspek berusia 17 hingga 18 tahun ditahan reman selama tiga hari sejak 19 Julai lalu susulan penyebaran video terbabit yang tular di FB.

Harian Metro sebelum ini melaporkan perbuatan biadap seorang remaja perempuan yang sanggup memijak al-Quran sehingga tular di FB.

Dengarkan Luahan dan Penjelasan sebenar dari keluarga remaja yg pijak Al Quran


Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media https://ift.tt/2Srw0Oi
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Z2dr5O
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment