Tuesday, 16 July 2019

Keluarga Allahyarham Adib Mohon Tommy Thomas 'Diheret' Ke Mahkamah


SHAH ALAM: Bapa anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim memfailkan permohonan ex-parte(sebelah pihak) terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas bagi memulakan prosiding komital (hina mahkamah) berhubung kes inkuiri anaknya.

Peguam mewakil keluarga Muhammad Adib, Kamaruzaman A Wahab memaklumkan perkara itu kepada Koroner Rofiah Mohammad ketika sesi prosiding inkues berlangsung pada Selasa.

Difahamkan, permohonan untuk memulakan sesi komital itu telah difailkan bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, menerusi Tetuan Mohd Zubir Embong & Associates di Mahkamah Sesyen.

"Permohonan itu sudah difailkan pagi tadi," katanya dalam prosiding inkues kematian Muhammad Adib, memasuki hari ke-40.


Peguam, Mohd Zubir Embong yang mewakili keluarga Muhammad Adib menjelaskan ia berhubung afidavit yang dikemukakan oleh Peguam Negara yang mengatakan kematian Muhammad Adib bukan akibat dipukul.

"Inkues nak cari sebab tapi dia (Peguam Negara) dah bagi sebab terlebih dahulu sebelum keputusan Mahkamah Koroner dan perkara satu penghinaan terhadap mahkamah", katanya ketika ditemui selepas selesai sesi prosiding pada Selasa.

Permohonan itu telah dihantar awal pagi selasa kepada wakil Peguam Negara dan Koroner Rofiah Mohammad turut memaklumkan kepada mahkamah untuk meneliti permohonan itu.

Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/2luh2ut
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2k8bhlZ
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment